Saturday, 15 September 2012

SINGAPORE

holidayyyy !!!
wehooo!!
kali ni kat UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
sangat teruja beb nak pergi sini
dah lame berangan akhirnya dapat jugak aku tinggalkan jejak kaki kat sana..teheee :)

hollywood street
wajib okay posing gedik camtu :p

tekun ayah aku baca peta..takut sesat katenya..haha

BURT REYNOLDS !!
p/s sila abaikan kasut buruk tu :P

lights,camera,action !
gempak giler !!

TRANSFORMER
rase nak masuk banyak kali tapi bila tengok beratur panjang terpaksa buat muka kecewa
hew hew hew..

MUMIA

aku tak sangka aku boleh berminat nak maen menatang nih..= )

isi perut kejap
....lapar lapar lapar....

tak cukup forum
mane kau abgngah???

tak ingat lah nama dia..sape tahu habaq mai ckit..=)

lihatlah dunia .aku lah pemenang oscar tahun ini..*perasan!*

agak agak kalau makan ni bila nak habis??
=,=!

selamat tinggal universal..=(
wish nak pergi lagi
sumpah best kauu..


overall USS ni memang gempak n best..tak rugilah nak pergi..aku paling suka naek rollercoster tu..naek warna biru okay barulah tercabut jantung..haha..tapi yang aku kecewa sangat tak dapat bergambar dengan MARILYN MONROE..sedeh sedeh sedeh !!..
p/s : kalau nak makan kat situ kena pandai2 lah tanye haram halal..sebab banyak yang tak halal dari halal..and kalau makan kat luar USS lagi murah dua kali ganda dari makan kat dalam ..
moral of this story convertlah duit banyak2 sikit..hehehehe

Tuesday, 28 August 2012

Bertunang

22.8.2012 persamaan dengan hari raya ke 3..
berlangsung di Palong N.Sembilan
dua hati telah bersatu

 sesi merisik empunye diri

 cincin pertunangan

 eh3..ngeee

 hantaran dari kedua dua pihak


 acara sarung cincin
ketaqqq !!

 hamboihh,,
epy bebenor ye dapat tunang..
hehehe

 sesi melantak 

macam biasa muka aku mesti kene ade..
peace yo !!
---------------------------------------------------------------------------------------------

selamat bertunang cikmat dengan cikazi
semoga ke jinjang pelamin
dan berkekalan hingga ke akhirnya
aminnn...



Monday, 27 August 2012

Selamat Hari Jaddi Atok

Allah selamat kan kamu ,
Allah selamat kan kamu ,
Allah selamat kan ATOK sayang ,
Allah selamat kan kamu .

choclate moist cake made by makngah
yummyy!!

sesi pemotongan kek

aww,,, so sweetttt !!

aku pon nk interframe jugak..teheeee :)


akhir kata,
selamat hari jadi,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,
we'll love you so much !!



Thursday, 23 August 2012

sedih !


lepas ni kisah hidup aku same lah macam video ni
oke sedih .
nangis !



Friday, 17 August 2012

selamat hari raya


yaaaayy,,
lagi 2 hari lagi nak raya,,
pejam celik pejam celik tinggal esok je lagi nak puasa
so,aku nak ucap awal2 
sebab nanti balik kampung dah x boleh online dah
busy lah katekan..hee

aku ingin mengucapkan 
selamat menyambut hari raya maaf zahir batin 
kepada semua yang mengenali aku
ampun maaf dipinta sepanjang pengenalan kita
nanti raya jemput datang rumah ye.
________________________________________________________________________________

p/s berhati hati di jalan raya,ingat orang yang tersayang dan satu lagi makan tu beringat ingatlah sikit takut balik orang dah x kenal dah..hehe

air mata keliru

adakah hati ini terlalu kecil atau nipis?
malam ini kurasakan hatiku sungguh tersentuh,
hanya air mata yang mampu mengalir,
tidak tahu samada air mata kesedihan atau kegembiraan,
keliru !
tapi itulah perasaan yang tak dapat aku ungkapkan,
biarlah ianya menjadi tanda tanya,
sehingga aku jumpa jawapannya.

Thursday, 16 August 2012

Rumah Baru


tadaaaaaaaa,,
ni lah rumah baru aku yang bakal dihuni oleh 6 orang makhluk Allah,  antaranya 3 orang gila kat atas ni , yang pakai baju belang tu aku. 
maseh normal lagi kepala otak. :D

so far,okelah ade 3 bilik,2 bilik air. sewa pon okelah, xdelah mencekek darah sangat, cume yang tak larat nye tingkat 12..gayat gayat..
haaa,,memang tercabutlah kepala lutut aku kalau lif rosak..

sekarang aku nak say gudbye kat hostel lame aku dulu.babai hostel aku yang buruk..walaupon buruk aku tetap sayang tau..heh..tak sabar nak masuk rumah baru..lepas ni dah xde peraturan boleh masuk sampai 1030 dah..anytime aku boleh keluar masuk..suke leteww..hehe..ishh,x boleh,,anak dara x boleh keluar malam.. :p..lepas ni dah xde dah orang nak jage aku macam pakgat,makgat sebelum ni..rindu kt mulut bising dorang tu..lagi2 pakcik Ghani..pot pet pot pet..hikhikhik..

eh,orang sibuk citer pasal persiapan raya,aku pulak sibuk nak cter umah baru.
blog aku,,biarlah..ye dak?..hee

yang kenal2 tu jemputlah datang di hari perasmian nanti. xD



Monday, 13 August 2012

adakah aku masih menjadi insan terpilih ?

adakah aku masih menjadi insan terpilih menerima duit raya? aku tau umur aku dah 21. dah nak keje dah pon. tapi aku nak jugak feel macam budak2 kecik tu, dapat duit raya banyak2. boleh tayang kat orang aku dapat duit raya. boleh beli mainan. boleh beli mercun.heh

oke,aku sedar aku bukan budak kecik lagi.. tapiiiii,,x salah kan? kan? kan?

haish,,dalam mimpi je lah nak dapat duit raya lagi, silap hari bulan aku yang kena serbu dengan budak budak. hey budak, jangan cari aku oke. i'm not your mom,get out from here. kejam sangat tak? kompem aku di blacklist menjadi kakak ipar dorang. hahaha.. dik,akan bukan kedekut tapi akak pon masih menagih duit raye daripada orang. LOL

Sunday, 12 August 2012

banjir manusia


JLN TAR, MASJID JAMEK, SOGO, UPTOWN, DOWNTOWN,MALL. 
perghh,,ramai giler rakyat malaysia tak kira tua muda,siang malam.bukan tempat2 ni je akan banjir dengan manusia.dengan kita2 pon akan banjir dengan peluh dan bau masyemm. heh.kalau x percaya silalah rempuh tempat2 tu. haaa,,baru kau tau soheh tak soheh nya aku cakap..hikhikhik.  kat sane nak habaq kat hampa, punyalah ramai org, nak jlan macam kene berkawat. mase ni lah nak dengar orang buat lelongan hebat. diskaun x yah cakaplah. up to 80% kau. cepat2 ape tunggu lagi moh le kite serbu.

happy shopping last minute ^,^

Saturday, 11 August 2012

" pertama"


malu,segan,excited
tulah perasaan aku harini yang aku x dapat ungkapkan dengan kata2

"pertama"
kenapa aku pilih tajuk tu kerana ia mempunyai banyak pengertian dan membawa banyak kenangan dalam hidup aku.

Friday, 10 August 2012

Potong Johari Pain Potong !

JOHARI PAIN.."gua berani kerat %#^@ laa kalau pandelela menang pingat malam ni"..kerrrlass kau johari..siap nak main potong potong lagi.hahaha.sekarang ni pandelela dah menang.haa ape lagi kasi potonglah.berani buat berani tanggung lah.kerana mulut 'tutt' kau jadi mangsa. terus femes satu malaysia. silap silap satu dunia kot.. haiyaa..buat malu je..siap ade orang yang baik hati lagi buat fanpage untuk kau. masa 5 minit 200 like..wahh,,Dato' Siti pon kalah..hebak mu hebak..tak pasal pasal dapat tagline baru johari janji dikerati..kontroversi sungguh.sekejap je dah jadi femes. kalau jual kisah kau ni laku macam pisang goreng tau.. sebelum buat sesuatu pikirlah dulu baik buruknya jangan main langgah je. di bulan ramadhan ni baek lah buat amal ibadah banyak banyak,dapat jugak tambah pahala.tingkatkan amalan kurangkan kontoversi..okelah aku nak stalk die ni lagi,nak tau jugak perkembangan dah potong ke belom..hamboii,,gatai kemain..hikhikhik.kbai.

#Tahniah PANDELELA RINONG..Anda Heroin Negara..


Thursday, 9 August 2012

tips shopping online

shopping shopping shopping..nilah mende yang aku paling suke buat.tapi time poket kembung lah.time kempis dok diam diam buat rase menyesal.sekarang ni aku tengah giler shopping online.ye..aku tau banyak risiko.antaranya kene tipu,barang rosak,kualiti xde..tapi aku x boleh tahanlah tengok semua tu..haha..meh sini aku nak bagi tips2 sikit. first,kau kene tengoklah detail owner shop tu boleh dipercayai atau tak. lepastu barulah kau boleh pilih barang yang kau berkenan. dah siap kau deal dengan owner die. pastikan dia bagi detail pasal barang dengan cara nak pembayaran dengan betul.kau tanye lah pasal kualiti barang tu.tanya je banyak2 biar sampai die muntah..hee.. then,kalau dia buat tak endah kau blah je. kita sebagai hak pembeli ada hak nak tanya pasal semua tu. jangan takut. aku ade jugak terkene dengan manusia2 macam ni. berbudi bahasa kan budaya kita. oke tu je yang boleh aku bagi.
happy shopping..^,^

Wednesday, 8 August 2012

dugaan puasa ke '19'


harini,pagi pagi lagi aku dah bergaduh dengan orang,naseb baik mampu lagi kawal perasaan.then,pegi amek darah.ketaq lutut habaq kat ang.ingat aku nurse x takut ke?cuak gilosss..amek darah dahlah satu penyeksaan  bagi aku.lepastu pergi bank.aku x taulah aku pikir ape atau harini hari pelupe sedunia,aku boleh terlupe nak amek kad bank kat mesin ATM tu..
bangang tak bangangnye aku ni!!
aku dah sampai rumah baru sedar apelagi menggelabah lah patah balik.alhamdulillah naseb baeklah rakyat malaysia ni budiman lagi xde sape yg panjang tangan pergi amek..lepas tu pergi masuk kete.try start2 kete.enjin kete x leh start..warghh..dugaan apelagi ni??sumpah aku xtau langsung pasal kete..dengan muke x malu nye aku pon tariklah sorang mamat india suruh die tngokkan,naseb baek xde pape.die usik sane sini sikit.kete pon dah boleh start.tetibe terjatuh sayang plak kat die ni..choiilahh..hahaha..
then berakhirlah kisah malang aku untuk harini.
inilah kisah sudah jatuh ditimpa tangga..



sekian,,


"Geng Skodeng Blog"


segmen ini dianjurkan oleh babaharin
Ada hadiah "yang tak berapa misteri" untuk 3 orang pemenang yang terpilih.
jom join ramai ramai
^,^

sekian,,


menipu itu bagus


kadang kadang menipu ni bagus jugak untuk menyelamatkan keadaan
maksud aku bukan menipu dari segi kejahatan tapi kebaikan
menipu untuk menjaga hati orang atau air muka orang tu aku rase berpatutan 
nak jujur pon ade had jugak
jangan disebabkan kau terlalu jujur kau kehilangan segalanya
rambut sama hitam
hati lain lain
fikir fikirkanlah
kbai


sekian,,





Saturday, 4 August 2012

aku dan lesbo


dating lagi untuk keberape ratus kalinya
hoyee ! hoyee !
biaselah kalau dah jumpa mulalah nak buat luahan hati
ingat boipreng gelpreng je ke boleh?
kiteorang pon boleh lah
kami ni lesbo versi halal
ade ke??
versi harem jadah ade lah
no! no! no!
katakan tidak pade lesbian
muahahahahaha..


# orang kata muka kiteorang sama tapi aku rasa aku lagi cantik kot..
hahahakktuiihh !!


sekian,,





Thursday, 2 August 2012

i'm proud to be a nurse

assalamualaikum,


sebenarnya aku buat entry ni bukan nak membangga diri yang aku ni seorang nurse yang bagus ke ape ke..cuma aku rase sakit hati bila ada juga manusia manusia yang pandang rendah dengan profesion kami ni.ada juga yang masih x paham dengan kerjaya kami.

nah! korang tengoklah dulu video ni
enjoy it ^,^


okay sekarang mesti korang dah faham kan?.aku malas nak cerita panjang2 nanti muak pulak nak baca.hehe

yang ni aku terjumpe kat fesbuk

inilah yang dinamakan tugas,kepada misi misi semua,teruskan kesabaran anda.lakukanlah yang terbaik.


sekian,,



Monday, 30 July 2012

blue uniform awesome!

assalamualaikum,,


rindunyeeeee!!!!!
rindu nak pakai uniform biru
rindu nak bangun pagi2
rindu nak dengar suara pekik memekik
rindu nak tido dalam kelas
rindu nak dengar berleter

kalau lah boleh ulang balik,
eleh padahal dulu nak sangat abeh cepat..
propa je lebeh..ngeh3


sebahagian drpd budak kelas aku


tempat kami menimba ilmu

kami nurse eh,bukan pekerja kilang


kumpulan diploma 26


sememeh sikit sebab night shift..hehe


lepas ni kene tukar baju hijau pulak
jangan rupa macam hulk sudah
=,=



sekian,,



kekasih awal dan akhir

assalamuaikum,


abgngah,ayah,mak,ameer and me ^,^

insan insan yang mewarnai hidup aku..love you all so much!!


sekian,,


Saturday, 28 July 2012

" Harrods Tote bag Giveaway by Liza Razak "

assalamualaikum,,

cantik kan?..bling2 beg tu..hehe
jom join ramai ramai GA Liza Razak


 " My Favourite Outfit "


wish me luck
^,^


sekian,,


. . single tak laku ke? . .

assalamualaikum,,


kenapa single?
kenapa x couple?
tak laku ke?

hamboiihh soklan kau berdensing telinga aku dengar.heh!

for sure sape yang kaki fesbuk dengan twitter tu pernah tengok ayat ni.tak pon pernah post ayat ni..

Orang yang TAK COUPLE sebenarnya bukan tak laku,
Tetapi sebab cinta dia LIMITED EDITION punya :D

kesimpulannya,mereka yang single ni bukan sebab tak laku.tapi mereka ni lebih menjaga adab dah tingkah laku mereka.maruah mereka ni tinggi.mungkin mereka ni agak memilih,tetapi mereka memilih dari segi kebaikan sendiri,dari segi agama yang penting.bukan macam anak muda sekarang ni(ceh,macam aku tua je..hikhik)..

 tak ensem tak lawa,kau reject
(memanglah kalau aku tengok muka kau yang lawa tu boleh kenyang setahun)

bodoh tak pandai,kau reject
(daripada bodoh lah boleh jadinya pandai.yang penting usaha tangga kejayaan)

miskin merempat,kau reject
(baik miskin duit,dari miskin ilmu agama)

cacat cela sikit,kau reject
(tipulah kalau kau x pernah ade jerawat seketul)


yang penting dalam memilih pasangan ni kita kena tengoklah hati budi dia,bukannya dari segi kelebihan yang dia ade.hidup kita Allah dah jadikan berpasangan.saling lengkap melengkapi.yang penting beragama.kepada yang single,jangan sedih sedih okay sebab Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang baik.^,^



sekian,,




Friday, 27 July 2012

. . Doa permudahkan segala urusan . .

assalamualaikum,,



atuk aku selalu ingatkan aku supaya amalkan doa ni.amalkan setiap hari sebelum melakukan apa apa kerja.
terima kasih atuk ^,^ ..
jom amalkan doa ni semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah S.W.T...aminn.


sekian,